Username  
 
Password  
Sign up to get MORE!
 
   
 
 
HOME ABOUT US RESOURCES ACTIVITY RESEARCH PUBLICATION INTERACTIVE GALLERY
 

Lawatan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Lebuhraya Sultan Abdul Halim ke CETREE

Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Lebuhraya Sultan Abdul Halim telah membuat satu lawatan sambil belajar ke CETREE pada haribulan 10 februari 2010. Motivasi lawatan ini adalah untuk menimba ilmu mengenai CETREE dan aktiviti-aktiviti CETREE. Dalam lawatan ini dihadiri oleh 31 orang pelajar dan 5 orang guru Sekolah Teknik.

Pelajar-pelajar yang menyertai lawatan ini membuat kursus kejuruteraan elektrik di Sekolah Menengah Teknik Alor setar Lebuhraya Sultan Abdul Halim.Kakitangan CETREE telah memberi maklumat mengenai Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga serta pertandingan-pertandingan yang menggunakan sistem tenaga suria yang dianjurkan oleh CETREE.

Pada masa yang sama,CETREE memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Teknik melihat bas mini CETREE yang menggunakan sistem suria dan 100% minyak masak terpakai untuk bergerak. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba hasil kerja CETREE dengan bantuan kakitangan CETREE. Melalui lawatan ini pelajar- pelajar dan guru-guru dapat mengetahui kebaikan penggunaan tenaga suria.

Selain itu, pelajar-pelajar juga dapat mengunakan maklumat yang diberikan oleh kakitangan CETREE dalam pelajaran untuk menambahkan ilmu mereka dalam kursus kejuruteraan elektrik.
Pada masa akan datang pelajar- pelajar ini dapat menghasilkan barangan yang menggunakan tenaga suria. Melalui tenaga suria dan minyak masak terpakai masyarakat dapat menjimatkan kos elektrik dan dapat menyelamatkan bumi dari cemaran alam semulajadi.

 

(Centre For Education, Training And Research In Renewable Energy And Energy Efficiency) CETREE, Suite 125, Kompleks Eureka, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 04- 653 3888 ext. 2742/2743/2744/2746 fax : 04 - 657 5444  email :
admin@cetree.edu.my