Username  
 
Password  
Sign up to get MORE!
 
   
 
 
HOME ABOUT US RESOURCES ACTIVITY RESEARCH PUBLICATION INTERACTIVE GALLERY
 

 Pure Science Fair 2009 di SMK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah

 


CETREE, USM telah di jemput untuk mengadakan pameran di SMK Tunku Bendahara, Kodiang, Kedah pada 19 Februari 2009 sempena Minggu Pure Science Fair 2009. CETREE memberi peluang kepada pelajar serta warga sekolah untuk belajar dan melihat van CETREE yang menggunakan solar dan 100% minyak masak terpakai untuk bergerak.


Selain itu juga,CETREE memberi pendedahan dan memanfaatkan tenaga alam semulajadi bagi kemudahan sekolah kawasan luar bandar serta memberi maklumat mengenai Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga kepada generasi muda yang tinggal dikawasan luar bandar tentang pentingnya Sains dan Teknologi pada masa sekarang.


Sehubungan itu, Staf CETREE memberi pelbagai informasi tentang kecekapan tenaga, bagaimana menggunakan tenaga yang diperbaharui dan mengamalkan kecekapan tenaga bagi kemudahan bersama. Jesteru itu, CETREE banyak memberi sumber inspirasi kepada pelajar untuk lebih kreatif dan inovatif dengan mencipta sesuatu yang memanfaatkan kecekapan tenaga dan juga berupaya mencipta sesuatu yang berguna kepada masyarakat dan juga negara. Dengan pameran ini diharapkan pelajar dapat mempelajari sesuatu daripada CETREE.

 

(Centre For Education, Training And Research In Renewable Energy And Energy Efficiency) CETREE, Suite 125, Kompleks Eureka, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 04- 653 3888 ext. 2742/2743/2744/2746 fax : 04 - 657 5444  email :
admin@cetree.edu.my