
Majlis Perasmian Mangrove Research Centre telah diadakan di Sime Darby Plantation, Pulau Carey, Banting, Klang, Selangor pada hari Selasa, 17 Februari 2009. Majlis Perasmian dan Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Ybhg. Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pengarah Urusan Sime Darby Plantation. Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, Tuan Haji Khairuddin Hashim, Ketua Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sime Darby Plantation, Kakitangan- Kakitangan Sime Darby Plantation, CETREE serta Pihak Media. Turut terlibat di majlis ini adalah pelajar-pelajar SJK Tamil, Pulau Carey dan SMK Pulau Carey turut dilantik sebagai Mangrove Brigade. Ia bertujuan melatih generasi muda tentang pentingnya tanaman paya bakau kepada manusia dan ekosistem.
Cetree telah dijemput untuk mengadakan pameran bagi memeriahkan lagi majlis ini. Selepas upacara perasmian, Ybhg Dato’ Azhar Abdul Hamid, Pengarah Urusan Sime Darby Plantation dan para tetamu dibawa melawat ke tapak pameran Bas CETREE Solar 2 U. Beliau diperkenalkan dan diberi sedikit penerangan oleh Pengurus Tugas CETREE mengenai keistimewaan Bas Solar 2 U. Pengunaan minyak masak yang digunakan untuk mengerakkan bas ini mengantikan petrol, adalah hasil kerjasama Sime Darby Plantation dan juga CETREE dalam usaha untuk memperkenalkan kepada masyarakat tentang minyak masak sebagai alternatif lain selain petrol dan diesel untuk mengerakkan kenderaan.
Ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga di seluruh negeri. Sehubung dengan itu, beliau dapat melihat dengan mata kasar sendiri mengenai keunikan bas CETREE dan berasa gembira serta bersedia memberi kerjasama dalam membangunkan serta menyebarkan maklumat mengenai Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga bersama CETREE di seluruh Malaysia.