
Persidangan Kebangsaan Persekitaran dan Kesihatan 2008 telah diadakan pada 29 hingga 30 Oktober 2008 di Grand Riverview Hotel, Kota Bharu, Kelantan.
Persidangan ini telah dirasmikan oleh Prof. Dr. Zainul Fadziruddin Zainuddin iaitu selaku pengarah Inovasi Universiti Sains Malaysia.
Cetree telah dijemput untuk mengadakan pameran bergerak bagi memeriahkan lagi persidangan ini.
Tidak ketinggalan juga wartawan yang sinonim dengan isu alam sekitar iaitu Karam Singh Walia turut hadir dalam menyebarkan berita dan nasihat kepada masyarakat.





