
Pernahkah anda terfikir sebuah bas menggunakan minyak yang terpakai untuk menggerakannya?
CETREE kini telah mempunyai sebuah bas yang digerakkan menggunakan 100% minyak terpakai dan bukannya yang menggunakan diesel seperti yang digunakan oleh bas-bas yang terdapat didunia. Seperti yang kita sedia maklum diesel mengandungi banyak kandungan karbon dioksida yang mampu mencemarkan alam sekitar. Oleh itu, usaha telah dilakukan untuk mencari satu lagi bahan bakar yang mesra alam.
Bas ini menggunakan solar untuk menghidupkan alatan-alatan elektrik yang terdapat didalamnya seperti peti ais ,komputer, ketuhar mikro, pembuat kopi, pembakar roti serta sebuah pemanas air. Panel solar yang terdapat pada bas ini berupaya membekalkan tenaga menyerupai sebuah rumah pangsa iaitu sebanyak 2 kilowatt.
Bas yang dinamakan C3 solar 2U ini dibangunkan oleh CETREE iaitu Pusat Pendidikan, Latihan dan Penyelidikan Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga.
Bas ini direka khas untuk memperkenalkan bas mesra alam dan konsep yang dibawanya iaitu kecekapan tenaga dan tenaga yang diperbaharui kepada masyarakat terutamanya di sekolah-sekolah.
Minyak terpakai yang digunakan untuk menggerakkan bas ini adalah dibekalkan oleh Sime Darby Plantation iaitu penaja utama kepada program ini. Bas ini menyediakan permainan interaktif, lampu jimat tenaga,maklumat tentang bahan api kenderaan serta model litar elektrik yang boleh menjimatkan tenaga elektrik di rumah.













