|
|
|
Lawatan Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Lebuhraya Sultan Abdul Halim ke CETREE
Sekolah Menengah Teknik Alor Setar Lebuhraya Sultan Abdul Halim telah membuat satu lawatan sambil belajar ke CETREE pada haribulan 10 februari 2010. Motivasi lawatan ini adalah untuk menimba ilmu mengenai CETREE dan aktiviti-aktiviti CETREE. Dalam lawatan ini dihadiri oleh 31 orang pelajar dan 5 orang guru Sekolah Teknik. Pelajar-pelajar yang menyertai lawatan ini membuat kursus kejuruteraan elektrik di Sekolah Menengah Teknik Alor setar Lebuhraya Sultan Abdul Halim.Kakitangan CETREE telah memberi maklumat mengenai Tenaga Diperbaharui dan Kecekapan Tenaga serta pertandingan-pertandingan yang menggunakan sistem tenaga suria yang dianjurkan oleh CETREE. Pada masa yang sama,CETREE memberi peluang kepada pelajar-pelajar Sekolah Teknik melihat bas mini CETREE yang menggunakan sistem suria dan 100% minyak masak terpakai untuk bergerak. Mereka juga diberi peluang untuk mencuba hasil kerja CETREE dengan bantuan kakitangan CETREE. Melalui lawatan ini pelajar- pelajar dan guru-guru dapat mengetahui tentang peranan CETREE.
url:...
[Back] |
|
|
|
|
|
(Centre For Education,
Training And Research In Renewable Energy And Energy Efficiency) CETREE,
Suite 125, Kompleks Eureka, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau
Pinang, Malaysia.
Tel : 04- 653 3888 ext. 2742/2743/2744/2746 fax : 04 - 657 5444 email :admin@cetree.edu.my |