
CETREE di jemput untuk menyertai Pameran Festival Sains Dan Teknologi Peringkat Negeri Johor 2008 yang diadakan di SMK Teknik dan SMK Agama segamat pada 1 hingga 3 Julai 2008.
Angkasawan negara iaitu Dr. Faiz Khaleed juga turut hadir dalam memeriahkan program ini.
Festival Sains dan teknologi Negeri Johor 2008 merupakan aktiviti tahunan dalam Program Penggalakan Sains dan Teknologi di Negeri Johor yang dijalankan sebagai platform bagi melahirkan lebih ramai pelajar yang memiliki daya kreativiti.
Pengisian utama bagi program ini adalah dengan melaksanakan 12 jenis pertandingan yang akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan antaranya, Teknologi Pelancaran Roket Parachut dan Sasaran, Portable Cooking With Nature, Inovasi Sains dan Teknologi, Eureka REE dan sebagainya.